Wang ihsan

Wang ihsan (wang ehsan) berkait dengan royalti petroleum kerajaan persekutuan Malaysia kepada kerajaan negeri Terengganu dan Kelantan. Hasil petroleum tidak lagi dibayar terus ke dalam akaun kerajaan negeri. Sebaliknya akan disalurkan menerusi jabatan baru, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Ini bermakna agensi kerajaan persekutuan yang akan mengagihkan wang tersebut, bukan agensi kerajaan negeri.Penubuhan wang ihsan ini amat berkesan kerana pada 2004, Barisan Nasional kembali berkuasa di Terengganu. Semasa bijih timah banyak dikeluarkan dari perut bumi negeri Perak dan Selangor, isu royalti ini tidak pernah berbangkit.